Kamila Motel


Lokasi: Teluk Senangin, Perak.




Sepuluh kilometer dari Bandar Lumut dan Pulau Pangkor, jika berkenderaan hanya mengambil masa kira-kira 25 minit sahaja untuk sampai ke Kamila Motel yang terletak disebuah perkampongan Teluk Senangin dengan penduduknya terdiri dari orang-orang tempatan pengusaha nelayan kecil.


Dua buah bangunan unik ‘ukiran ala batang kayu’ 4 tingkat, merupakan motel penginapan yang bertaraf dua bintang menyediakan 80 bilik tidur dilengkapi dengan katil besar, hawa dingin, TV dan bilik mandi.




Sebuah bangunan restoran di pinggir Hutan Simpan boleh menampung seramai 150 orang pengunjung sambil menjamu selera masakan kampong, ala Thailand dan Western.



Sebuah dewan besar di tingkat ‘ROOF-TOP’ boleh memuatkan seramai 200 orang termasuk mengadakan perkahwinan dan pelamin persandingan juga BBQ.


Dua buah bilik seminar di tingkat bawah bagi tujuan program kursus atau bengkel dan seminar korporat untuk peserta bilangan 50 orang.




Di pinggir kaki bukit Hutan Simpan yang berhadapan pantai dan laut luas Selat Melaka, sudah cukup mencetuskan inspirasi panorama yang sangat menarik lokasinya. Bagi pasangan yang gemar bercanda sambil berlari diair ombak tepi pantai ketika matahari senja hampir terbenam, membuatkan ‘nostalgia’ memori untuk dirakam kedalam video atau kamera. Terdapat sebuah “Pulau Batu Besar” setinggi 5 meter boleh didaki kepuncak, dikenali sebagai landmark Pantai Teluk Senangin.



Manakala di persekitaran pantai dapat dilihat banyak perahu-perahu kecil yang berlabuh dan ada kalanya kelihatan nelayan-nelayan sedang memunggah hasil tangkapan laut.




Kepada ‘Kaki Pancing’ dan ‘Menjala, Memukat Ikan’ pula Teluk Senangin bukanlah asing bagi mereka, aktiviti-aktiviti riadah juga sering diadakan. Terdapat tempat untuk Permainan Sukan Laut, Perahu Kayak dan Bola Tampar Pantai, selain itu ada menyediakan pelbagai Program Perkhemahan, Sukaneka, Hari Keluarga dan Jungle Tracking. Maka rancanglah seisi keluarga anda untuk sebuah percutian yang menyeronokkan di Kamila Motel Teluk Senangin.


























2 comments:

  1. berapa harga sehari dan kosong ke 24 dis

    ReplyDelete
  2. PLEASE SAVE TELOK SENANGIN from destruction by a steel mill and gas plant (at Tanjung Hantu!)....!!!!!

    SIGN AND SHARE

    https://secure.avaaz.org/en/petition/SAVE_MALAYSIAS_SEA_TURTLES/

    ReplyDelete